Friday, March 29, 2013

DIA

Dia
Punya seribu satu kerenah
Yang mampu buat aku tersenyum
Walau kadangkala bagai tiada kewarasan
Aku tetap ketawa
Aku tetap tersenyum 

Namun 
Adakalanya kemarahan menguasai dia
Dan aku akan diam tanpa kata
Kerana aku takut
Dan aku tidak suka melihat kemarahannya

Dia
Melayan aku penuh dengan kesopanan
Kata-katanya lembut
Jarang dia memarahiku
Walaupun dia sedang marah

Baunya
Wangi!!
Walau sering bertukar haruman
Tapi aku suka
Boleh buat aku angau

Inilah aku
Insan yang hanya pendam rasa aku pada dia
Biarlah lama mana
Aku lebih rela
Dari kami jadi janggal
Biar situasi terus begini

Andaikata dia tahu
Biarkan saja
Aku takkan cuba untuk terangkan
Dan aku takkan cuba menidakkan
Andaikata masa itu sampai
Biarkan saja

Sunday, March 10, 2013

New Semester, New Blog, New Place

Assalammualaikum... Heee.... Lamanya tak update belog kesayangan nie... Hehehe... Sorry ye sebab sangat busy sekarang nie... Ecewah... Hahaha...

Firstly nak bagitau sume yang hana dah masuk semester baru iaitu semester 2... Hahah... *kecoh je kan?* Okay, semester nie kelas banyak sangat dekat Menara Sultan Abdul Aziz (SAAS)... Huhu.. dah tue kebanyakan kelas sampai pukul 9 malam... *uuuaaarrrggghhh* Penat dan tak larat sangat... *huhuuhu* kesian tak? kesian kan... 

Secondly nak ucap thank you banyak-banyak dekat akak hana yang tersayang(?)sebab tolong make over kan buah hati hana nie... Hehehe... *Kamsahamnida unnie* Hana memang dah tak tau nak buat macam mana dah dengan sayang hana nie... Kepala hana dah buntu gile nak bagi die cantik... Heeeee.... 

Thirdly nak cakap yang hana dah masuk kolej melati balik... Heheheh... Sebelum nie seminggu jugaklah hana duduk kat rumah sewa... Hana ingatkan kolej melati dah tak nak terima dah hana duduk dekat sini... Rupanya keputusan rayuan untuk duduk kolej lambat keluar... *ha, suka sangat jump to the conclusion*... hahahaha.... Kiranya kalau duduk kolej dapatlah jimat sebab duit yuran hanya bayar sekali je... Tak macam rumah sewa... Kena bayar tiap-tiap bulan... Heheh....

Okaylah... Itu je yang hana nak kongsikan dengan korang semua... Kalau hana ada apa-apa nak korang tau, nanti hana update lagi ye...

Annyeong & assalammualaikum semua....