Dia
Punya seribu satu kerenah
Yang mampu buat aku tersenyum
Walau kadangkala bagai tiada kewarasan
Aku tetap ketawa
Aku tetap tersenyum
Namun
Adakalanya kemarahan menguasai dia
Dan aku akan diam tanpa kata
Kerana aku takut
Dan aku tidak suka melihat kemarahannya
Dia
Melayan aku penuh dengan kesopanan
Kata-katanya lembut
Jarang dia memarahiku
Walaupun dia sedang marah
Baunya
Wangi!!
Walau sering bertukar haruman
Tapi aku suka
Boleh buat aku angau
Inilah aku
Insan yang hanya pendam rasa aku pada dia
Biarlah lama mana
Aku lebih rela
Dari kami jadi janggal
Biar situasi terus begini
Andaikata dia tahu
Biarkan saja
Aku takkan cuba untuk terangkan
Dan aku takkan cuba menidakkan
Andaikata masa itu sampai
Biarkan saja
No comments:
Post a Comment
Annyeong!!
Dah bace entry kat atas kan? Apa kata bagi komen? Thank You!!