Monday, November 17, 2014

Ubat Patah Hati

Jatuh hati itu mudah.  Tapi yang payahnya bila kau tak terluah apa yang ada dalam hati sampai satu masa kau hanya mampu tengok orang yang kau suka jatuh dekat orang lain.  Payah lepas tu kau nak move on sebab perasaan kau dah terlalu attached dengan si dia.  Lagi lagi bila si dia pun seolah olah bagi harapan pada kau.  Masa tu kau tak akan rasa apa-apa lagi dah.  Benci pun dah tak ada dalam hati kau sebab kau dah terlalu malas untuk ambil tahu apatah lagi perasaan suka tu memang terus kau campak dalam longkang. 


Patah hati ubat dia adalah masa.  Kau perlu masa untuk tenangkan diri kau sendiri.  Kau perlu masa untuk biar hati kau pulih macam sedia kala.  Memang payah tapi percayalah, masa akan jadi kawan baik kau waktu waktu macam ni.  Mula-mula kau akan rasa down dan emosional gila sebab kau tak dapat nak terima kenyataan.  Tapi lama-lama kau akan mudah terima apa yang dah jadi.


Selain tu, kawan-kawan kau juga adalah yang terbaik untuk kau hilangkan patah hati kau tu.  Biarkan kawan-kawan kau selalu ada dengan kau sebab diorang akan cuba untuk gembirakan kau.  Diorang juga adalah penasihat yang terbaik untuk kau.  Diorang setia dengar apa sahaja cerita kau.  Tapi kalau kau dapat kawan yang dia memang tak suka tengok kau sedih, dia akan cakap terus terang apa salah kau dan apa kau kena buat.



Tapi lagi baik kalau kau luahkan semuanya pada Allah S.W.T.  Tak kisahlah kau nak menangis ke apa ke sebab Allah sentiasa ada dan Dia sentiasa mendengar apa sahaja luahan kau tak kiralah yang baik ataupun yang buruk.  Sujud pada Dia dan mintalah supaya Dia tenangkan hati kau dan redhakanlah hati kau untuk lepaskan si dia.  In Shaa Allah kau akan tenang lepas kau luahkan segalanya.  Percayalah yang Allah tu Maha Adil dan Bijaksana.  Mungkin Dia punya perancangan yang lebih baik lagi untuk kau dan mungkin jodoh kau lebih baik daripada si dia. In Shaa Allah. 


*moga dipermudahkan segalanya dan moga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.  Moga hati kita tak lagi berduka. In shaa Allah. Amin.*

No comments:

Post a Comment

Annyeong!!
Dah bace entry kat atas kan? Apa kata bagi komen? Thank You!!