Monday, November 17, 2014

Ubat Patah Hati

Jatuh hati itu mudah.  Tapi yang payahnya bila kau tak terluah apa yang ada dalam hati sampai satu masa kau hanya mampu tengok orang yang kau suka jatuh dekat orang lain.  Payah lepas tu kau nak move on sebab perasaan kau dah terlalu attached dengan si dia.  Lagi lagi bila si dia pun seolah olah bagi harapan pada kau.  Masa tu kau tak akan rasa apa-apa lagi dah.  Benci pun dah tak ada dalam hati kau sebab kau dah terlalu malas untuk ambil tahu apatah lagi perasaan suka tu memang terus kau campak dalam longkang. 


Patah hati ubat dia adalah masa.  Kau perlu masa untuk tenangkan diri kau sendiri.  Kau perlu masa untuk biar hati kau pulih macam sedia kala.  Memang payah tapi percayalah, masa akan jadi kawan baik kau waktu waktu macam ni.  Mula-mula kau akan rasa down dan emosional gila sebab kau tak dapat nak terima kenyataan.  Tapi lama-lama kau akan mudah terima apa yang dah jadi.


Selain tu, kawan-kawan kau juga adalah yang terbaik untuk kau hilangkan patah hati kau tu.  Biarkan kawan-kawan kau selalu ada dengan kau sebab diorang akan cuba untuk gembirakan kau.  Diorang juga adalah penasihat yang terbaik untuk kau.  Diorang setia dengar apa sahaja cerita kau.  Tapi kalau kau dapat kawan yang dia memang tak suka tengok kau sedih, dia akan cakap terus terang apa salah kau dan apa kau kena buat.



Tapi lagi baik kalau kau luahkan semuanya pada Allah S.W.T.  Tak kisahlah kau nak menangis ke apa ke sebab Allah sentiasa ada dan Dia sentiasa mendengar apa sahaja luahan kau tak kiralah yang baik ataupun yang buruk.  Sujud pada Dia dan mintalah supaya Dia tenangkan hati kau dan redhakanlah hati kau untuk lepaskan si dia.  In Shaa Allah kau akan tenang lepas kau luahkan segalanya.  Percayalah yang Allah tu Maha Adil dan Bijaksana.  Mungkin Dia punya perancangan yang lebih baik lagi untuk kau dan mungkin jodoh kau lebih baik daripada si dia. In Shaa Allah. 


*moga dipermudahkan segalanya dan moga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.  Moga hati kita tak lagi berduka. In shaa Allah. Amin.*

Thursday, April 24, 2014

Bila Tak Ada Peduli Kau

Bila kau rasa hopeless,
Kau tak tahu nak ngadu kat siapa.
Bila kau rasa unappreciated,
Kau tak tahu nak nangis kat siapa.


Tak apalah.
Kau nangis je kat bantal kau
sampai kering airmata.
Kau ngadu je kat bantal kau
sampai kau lega.
Sebab tak ada orang akan nak tolong kau,
Bila kau rasa hopeless.
Bila kau rasa unappreciated.

Tuesday, March 4, 2014

Cara-Cara Nak Bagi Orang Kenal Blog Kita

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Hari tu kawan Hana ada tanya macam mana nak bagi blog kita famous. Hurm. Hana dah blur dah nak jawab apa dekat dia sebab blog Hana pon bukannya famous. Hahaha. So, hari ni Hana nak sharelah sikit apa yang Hana tahu dengan semua. Terutamanya untuk newbie-newbie dalam dunia berblog ni.



Cara-cara Nak Bagi Blog Kita Orang Kenal :

1. Buat entry yang boleh menarik perhatian orang untuk baca blog    kita.

2. Sentiasa update entry dekat dalam blog. Kalau tak boleh update hari-hari, sekali seminggu pon boleh. Janji ada entry baru.

3. Buat entry tentang isu/topik yang fresh.

4. Join page-page blogger yang ada berlambak dekat Facebook tu. Contohnya page Mr. & Mrs. Bloggie, Kami Blogger etc.

5. Bila dah join page kat Facebook tu, rajin-rajinlah promote blog korang tu. Kalau ada buat entry baru pun, promotekan juga.

6. Kalau korang nak, korang boleh buat page Facebook tentang blog korang tu.

7. Ha! Yang ni PENTING! Rajin-rajinlah blogwalking blog orang lain.  And jangan lupa tinggalkan link korang or komen entry dekat blog tu.

8. Kalau korang nak, buat GA (Give Away) untuk blogger-blogger lain & rajin-rajinlah join GA yang blogger-blogger tu buat.




Ha... Itu ajelah yang Hana nak share dengan korang. Ini apa yang Hana perhatikan. Heheh. Moga-moga berguna untuk newbie dalam dunia blog & pada korang-korang yang nak naikkan followers korang. In sha Allah boleh membantu.

Saturday, March 1, 2014

Bukan Blogger Tegar, Famous dan Terima Kasih Followers


Assalammualaikum korang-korang yang sudi jenguk dan follow blog Hana ni.  First sekali Hana nak ucap berbanyak-banyak terima kasih dekat korang-korang yang awesome ni sebab sudi follow blog cabuk dan yang entah apa-apa ni.  Secondly, Hana minta maaf pada semua sebab jarang sangat update blog sebab Hana tak ada idea yang banyak gile-gile nak share dengan korang.

Seperti yang korang boleh baca dan nampak dekat dalam blog Hana ni, ada yang bercampur-campur kan?  Ada puisilah, ada luahan perasaan lah and ada pulak sesat satu cerpen yang merepek.  Seriously, itulah Hana.  Memang blog ni Hana tak ada nak khusus kan untuk satu topic.  This is what I felt.

Tentang Hana bukan blogger tegar pulak, mesti korang tengok kan Hana punya archive yang sikit gila nak mampus tu.  Sebenarnya banyak dah yang Hana tulis dalam blog ni, cuma kebanyakannya Hana dah padam sebab ada diantaranya yang telah melukakan hati orang dan juga hati Hana sendiri.  Jadi, daripada Hana biarkan penulisan yang mampu menyakiti orang dan diri sendiri tu terus terpamer dalam blog ni, baik Hana padam.  Betul tak? Heheh.

Dan lagi satu sebab Hana bukanlah seorang blogger yang tegar ialah Hana tak ada idea apa yang nak Hana share dengan korang semua.  Tengoklah blog Hana ni pun.  Dekat setahun Hana tak makeover blog and rasa malas gila nak buat apa-apa dengan blog ni.  Hehehe.  Tapi bila Hana fikir balik, Hana dah anggap blog ni macam kesayangan Hana dan Hana tak bolehlah biarkan dia macam tu je.  Betul tak? Haaa.  Betullah kan.

Walaupun dah lama Hana buka blog ni, dah  nak dekat 5 tahun, followers pon baru je 51 orang.  Tapi tak apa.  Hana bukannya kejar followers pon.  Heee.  Mungkin sebab Hana tak banyak update blog ni kot sebab tu tak ada yang nak follow.  Hahahaha. Lagi satu, Hana bukanlah blogger yang famous macam kawan and kakak Hana.  Diorang memang ramai gila followers.  Hahaha.

Apa-apa pun, Hana nak ucap berbillion billion terima kasih dekat korang-korang yang sudi follow blog Raihana Ramle ni walaupun hanya sekali-sekala sahaja Hana update blog ni.  Terima kasih beribu lemon.  Sampai kita jumpa lagi dalam entry seterusnya.  In sha Allah.

Assalammualaikum.

Saturday, January 4, 2014

S E N Y U M L A H

Tabahlah kawan.
Biarkan seluruh pelusuk dunia menentang kamu,
Kamu masih ada aku disisi kamu.
Mungkin ada gembira disebalik duka yang melanda.
Itu aku pasti.

Jangan bersedih kawan.
Dunia tetap sahaja berputar walaupun kamu bersedih.
Teruskanlah hidup kamu dengan senyuman,
Walaupun hati kamu dicarik secariknya,
Walaupun jiwa kamu dirobek serobeknya,
Walaupun raga kamu dilemah selemahnya.
Senyumlah.

Itu kekuatan kamu.
Tunjukkan pada dunia senyuman kamu.
Biarpun kamu sedang berduka,
Senyumlah.

Biarkan mereka terdiam dari berkata.
Biarkan mereka terpesona dengan senyuman kamu.
Biar mereka tahu kamu tidak lemah.
Biarkan.

Hari ini kamu berduka,
Esok pasti ada gembira.
Langit tidak selalunya mendung,
Pelangi pasti akan hadir.

Kamu harus ada percaya.
Kamu harus ada yakin.
Itu juga bisa jadi kekuatan kamu.



FATIN SAMSI, LA TAHZAN. ALLAH SENTIASA ADA DENGAN HAMBA-NYA. BIARKAN APA MEREKA NAK CAKAP ATAUPUN ANGGAP TENTANG ATIN, YANG PENTING ATIN TAHU DIRI ATIN MACAM MANA. SENYUM SELALU DEPAN MEREKA. BIAR MEREKA TAHU FATIN SAMSI BUKANLAH SEORANG YANG LEMAH, YANG MUDAH MENGAKU KALAH.