Thursday, June 14, 2012

Azimat Kepedihan

Kau cakap aku kawan kau sampai bila-bila.
Tapi kau khianat cakap kau sendiri.
Kau lagi sanggup jadi orang yang aku benci sampai mati.
Kau berlagak baik depan semua orang.
Kau tutup cerita benar.
Kau ganti cerita bohong.
Apa salah aku pada kau?
Aku tak pernah khianat kau.
Aku ikhlas terima kau.
Tapi kau?
Sanggup buat aku jadi pendendam.
Sanggup buat aku benci kau.
Kau ingat maaf kau boleh ubah keadaan?
Maruah aku kau injak-injak tanpa belas.
Maruah aku kau jatuhkan.
Betapa murahnya harga maruah aku di mata kau.
Kau buat semua orang lihat aku ni jahat.
Seolah-olah akulah punca segalanya.
Aku kecewa dengan sikap kau.
Terlalu kecewa.
Betapa hancurnya hati aku.
Betapa luluhnya jiwa aku.
Aku menangis.
Kau pula tertawa dengan perbuatan kau.
Seolah-olah ianya hanya kesalahan kecil.
Tiada sesal di hati kau.
Tiada belas di jiwa kau.
Ya, aku tahu siapa aku.
Tak perlu kau ingatkan.
Aku ibarat pipit.
Manakan layak berkawan dengan enggang.
Aku tidak kau pandang.
Walaupun dengan sebelah mata kau.
Biarlah.
Aku lebih rela tiada kawan seperti kau.
Aku mengaku aku hampir gagal.
Hampir mengaku kalah dengan perbuatan kau.
Namun aku bangkit.
Aku kuatkan semangat aku.
Aku ingat azam aku.
Aku tekad.
Aku takkan jatuh.
Aku takkan gagal.
Aku takkan mengaku kalah walau sepicing pun.
Nah.
Sekarang kau lihat.
Hasil dari perbuatan kau.
Aku berjaya.
Sama seperti kau.
Walaupun mungkin tidak sehebat kau.
Tapi aku bangga.
Bangga dengan diri aku sendiri.
Bangga kerana aku tidak mengaku kalah.
Bangga kerana aku bangkit.
Terima kasih aku ucapkan.
Kerana kata hinaan kau aku di sini.
Aku jadikan hinaan itu sebagai azimat.
Azimat untuk aku Berjaya.
Azimat untuk aku buktikan diri aku.
Sekali lagi terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Annyeong!!
Dah bace entry kat atas kan? Apa kata bagi komen? Thank You!!