Thursday, June 21, 2012

Terima Kasih Diari!!!


“Kau memang perempuan tak guna Aleesa!!!  How dare you do this to me?!  Kau ingat kau tu siapa, hah?!”  jerit Azri menahan kemarahannya.  Aku hanya mampu mendiamkan diri.  Tidak aku sangka permintaanku untuk memutuskan hubungan kami dibalas dengan tengkingan daripada Azri.  “Apasal kau diam?!  And what are your excuses?!  Aku tak boleh terima kalau alasan bodoh kau bagi kat aku!!  Now I want you explain to me Aleesa!!”  Aku menarik nafas dan cuba mengatur ayat untuk aku jelaskan pada Azri.  “Ri, I’m so sorry.  Leesa tak ada niat langsung nak sakitkan hati Ri.  All this time I thought that I can try to love you.  But, I can’t.  Leesa dah tak sanggup nak bohong hati Leesa dan hati Ri lagi.  I think this is the end for us.  Maafkan Leesa.”  Aku meluahkan  apa yang aku rasa selama ini.  “Huh!!  Itu aje alasan kau?!  Tak apa Leesa.  Kau akan rasa apa yang aku rasa satu hari nanti.  You will pay for what you have done to me!!  Just remember it Aleesa!!”  jerit Azri memberi amarannya sebelum berlalu pergi.  ‘Aku tahu tindakan ni amat kejam Azri.  Tapi aku dah tak mampu nak bohong hati aku lagi.’  Aku meninggalkan taman yang menjadi saksi pertemuan kami sebentar tadi dengan hati yang lapang.  “Ha. Macam mana Leesa?  Dah break ke ngan mamat pengongkong tu?”  Tanya Suzana sebaik aku melangkah masuk ke dalam bilik.  “Hm, dah.  Sakit telinga aku dengar dia marah tadi.”  Balas aku dengan mimik menyampah.  “Dia marah kau?  Apa dia cakap?”  Tanya Suzana ingin tahu.  “Dia cakap sanggup aku buat dia macam tu.  Dia tanya reason aku nak break dengan dia.  Aku pun cakaplah benda yang betul.  Mengamuk sakan dia tadi.  Nasib baik tak ada orang sangat.  Kalau tak, malu aku.”  Suzana yang mendengar penjelasan aku hanya diam dan mengganggukkan kepalanya.  “Na, aku nak makanlah.  Jom lepak tempat biasa?”  Ajak aku.  “Okay gak.  Aku pun lapar ni.  Kejap ek, aku nak siap.”  Aku membaca majalah yang baru di beli petang tadi sementara menunggu Suzana bersiap.  “Dah siap.  Jom.”  Kami berjalan beriringan menuju ke gerai makan yang berdekatan dengan hostel.
 
          Selesai sahaja makan, aku dan Suzana pulang ke bilik.  Lantas aku mencapai diariku yang terletak di bawah bantal.
Dear diari,
          Aku baru je putus dengan Azri tadi.  But I’m not sad at all.  Aku dah cuba sayang dia tapi tak boleh.  Mungkin selama ni aku terima dia sebab aku simpati.  Tapi sampai bila aku boleh tahan.  Sikap dia membuatkan aku makin susah nak sayang dia.  But he deserves it.  Macamlah aku tak tau perangai dia yang players tu.  Lepas aku jumpa dia tadi, aku pergi makan dengan Zana kat tempat biasa.  Something happens.  Something that humiliate me.  Boleh plak ada lipas kat baju aku.  Nasib baik Syahril tolong.  Tapi aku tak jangka pun yang dia ada kat situ.  He says aku nampak cute.   haha…  tapi makwe dia menyibuk betullah.  Baru je nak tengok dia puas-puas.  Owh Syahril, I had falling in love with you more and more.
 
         Aku meletakkan kembali diariku di bawah bantal sebelum melelapkan mata.  Wajah Syahril yang tersenyum padaku masih terbayang-bayang di ruang mata.  Aku harap akan mimpikan dia malam ni.  Pagi itu aku terlewat bangun untuk ke kelas.  Lantas aku membuat keputusan untuk tidak menghadiri kelas pagi.  Sedang aku leka melayari internet, telefonku berbunyi.  Aku menjawab panggilan dan tidak aku duga Syahril menelefonku.  “Hai awak.  Hm…  Awak sibuk ke?”  Tanya Syahril lembut.  “Taklah.  Mana awak dapat nombor saya ni?”  Aku bertanya kepada Syahril dengan perasaan hairan.  “Kitakan sama kelas.  So, saya ambil dari kertas kedatangan.  Saya call awak sebab nak bagitau yang petang ni ada group discussion.”  Terang Syahril.  “Owh…  Wait a minute…  Bila pula saya satu group dengan awak?”  Tanya aku lagi.  “Pagi tadi awak tak datang kelas kan?  So, saya decide ambil awak masuk group saya.”  Setelah 5 minit kami berbual, aku mematikan panggilannya.  Petang itu aku ke perpustakaan untuk menghadiri perjumpaan kami.  Namun, sebaik saja aku tiba, aku lihat hanya Syahril sahaja yang ada.  “Awak, mana yang lain?”  Tanya aku kehairanan.  Dia memandang aku dan mengukirkan senyuman.  “Hm…  Saya lupa cakap kat awak ye?  Group ni dua orang je…  Saya dan awak.”  Jawab Syahril sambil tergelak kecil melihat reaksiku.  Aku seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Syahril.  “Kenapa awak buat muka macam tu?”  Tanya aku kehairanan.  “Muka awak cute sangat bila awak confuse.”  Aku yang mendengar kata-kata Syahril hanya tunduk menahan malu.  Kami meneruskan perbincangan tanpa aku sedar hari telah lewat petang.  Lalu dia menghantar aku sehingga ke pintu pagar hostel.  “Nampaknya sampai sini je saya boleh hantar awak.  Hm…  Malam nanti saya tunggu awak kat sini.  Kita sama-sama pergi library.”  Ujar Syahril sebelum berjalan pulang.  Aku hanya mampu melihat bayangnya semakin hilang.  ‘I had fall in love with you more and more’.  Bisik aku di dalam hati.
 
           “Lambat kau balik Leesa?”  Tanya Suzana yang sedang membaca majalah sebaik sahaja melihat aku masuk ke dalam bilik.  “Tadi ada group discussion kat library.  Tak sedar hari dah lewat.”  Balas aku sambil duduk di atas katil.  “Owh…  Dengan siapa?  Syahril?”  Teka Suzana.  Aku hanya mengganggukkan kepala mengiakan tekaannya.  Sedang aku berehat, tiba-tiba pintu bilik kami di ketuk bertalu-talu.  Aku yang masih lagi kepenatan, turun dari katil dan membuka pintu.  “Hoi!!  Kau ni memang perempuan tak sedar diri kan?!  Pakwe aku pun kau nak rampas?!”  Ujar Azlin sebaik terlihat wajah Aleesa.  “Kejap.  Kau ni tak ada adab ke?! Datang bilik aku, terjah macam tu je!!  Tak reti bagi salam?!”  Ujar aku cuba menahan rasa terkejut.  “Kau ni banyak cakap pula!!  Kat kolej ni dah tak ada jantan lain ke sampai pakwe aku pun kau nak rampas?!  Dasar perempuan tak sedar diri!!”  ujar Azlin menolak tubuh aku.  Aku semakin berang dengan tindakannya namun masih mampu mengawal diri.  “Kau ni kenapa Lin?  Dah hilang akal ke?”  tanya Suzana yang terkejut dengan tindakan Azlin.  “Kawan kau ni yang dah hilang akal!!  Bukan aku!!”  balas Azlin menahan kemarahannya.  “Lin, kau cakap baik sikit ye.  Aku tak pernah terniat nak rampas Syahril dari kau.  Aku dengan dia just kawan je.”  Balas aku tenang.  Aku dapat merasakan wajahku panas kerana menahan malu.  Azlin semakin berang melihat aku yang masih mampu berlagak tenang.  Tanpa aku duga dia menolak tubuhku sekuat hatinya lalu menampar wajahku bertalu-talu.  Pandangan aku semakin kabur dan akhirnya gelap.  Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri, aku tidak pasti.  “Leesa, Leesa!!  Bangun!!  Jangan takutkan aku!!”  Mataku terasa berat untuk di buka namun aku cuba membukanya.  Sebaik sahaja mataku terbuka, aku melihat wajah Suzana yang ketakutan.  “Leesa, baguslah kau dah sedar.  Takut aku tengok kau pengsan.  Kau tak apa-apa?”  Tanya Suzana.  Aku merasakan kepalaku begitu berat sekali ketika aku cuba untuk duduk.  “Aduh!!  Sakitnya kepala aku, Na.  Apa yang jadi tadi?”  Tanya aku kebingungan.  “Kau tak ingat ke Leesa?  Tadi Lin datang serang kau.  Pastu dia tolak kau.  Kau tak ingat?”  Tanya Suzana kehairanan.  Aku hanya menggelengkan kepalaku.  “Na, aku nak pergi mandi.  Lepas ni kita makan ye?”  Ujar aku sambil berlalu ke bilik air.  “Leesa!!”  Panggil Suzana.   “Kita pergi klinik dulu.  Bila kau dah jumpa doktor, baru kita makan… dan please dengar cakap aku kali ni.  Okay?”  Aku hanya mendiamkan diri  dan berlalu.  Sebaik sahaja aku selesai mandi, kami pergi ke klinik berhampiran.  Doktor menyatakan aku tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan aku merasa lega.  Doktor hanya memberikan ubat tahan sakit dan juga pening kepadaku.
 
             “Leesa!!  Tunggu kejap.”  Aku berpaling dan terlihat Syahril sedang menuju ke arah ku.  Aku cuba melangkah lebih laju namun dia dapat mengejar.  Dia menarik tanganku dengan kasar.  “Aduh!!  Sakitlah awak.”  Aku terjerit kecil sambil menahan kesakitan akibat tindakannya itu.  “Saya panggil awak, kenapa awak tak berhenti?  Kan dah sakit tangan awak tu.  Saya minta maaf.”  Ucap Syahril penuh kesal.  “Awak nak apa?”  Tanya aku sambil menggosok tanganku yang sakit.  “Awak tau tak saya tunggu awak berapa lama?  Kenapa awak tak datang?”  Tanya Syahril.  “Owh…  Saya terlupalah awak.  Tadi saya temankan Zana keluar beli barang sampai saya terlupa yang saya kena jumpa awak kat library.”  Ujar aku dengan wajah yang selamba.  Suzana hanya mampu memandang wajahku dengan kehairanan.  “Awak, kenapa dahi awak lebam?  Awak jatuh ke?”  Tanya Syahril sambil menyelak rambutku yang jatuh.  “Taklah.  Mungkin saya terlanggar pintu waktu mandi.”  Ujar aku sambil menolak perlahan tangannya.  “Suzana, kenapa dengan dahi Leesa?  Dan kenapa dia bawa bungkusan plastik dari klinik?”  tanya Syahril cuba mendesak Suzana.  “Kepala saya pening lepas balik dari beli barang tadi, saya pun pergilah klinik.”  Aku pantas menjawab pertanyaan Syahril.  “Awak, saya nak pergi makan ni.  Baik awak balik.  Saya tak nak awak kacau saya lagi.  Saya akan jumpa awak hanya untuk siapkan assignment.  After that, just pretend we never know each other.”  Syahir hanya memandang wajahku dengan perasaan kecewa dan hairan.  Aku pantas menarik tangan Suzana dan meninggalkan Syahril sendirian.  “Leesa, kenapa kau tak bagitau hal sebenar dekat Syahril?”  Tanya Suzana sebaik sahaja kami tiba di bilik.  “Aku tak nak jadi perosak hubungan dia, Zana.  Biarlah dia tak tau.”  Balas aku lalu merebahkan diri ke atas katil.
 
           “Awak, please jangan buat saya macam ni.  Kenapa awak tak bagitau saya cerita sebenar?”  tanya Syahril sebaik sahaja aku duduk di dalam kelas.  “Awak, kan saya dah cakap sebab apa.  So, tolong jangan kacau saya.”  Syahril memegang tanganku.  “Awak jangan nak tipu saya.  Saya tau sebab kenapa awak tak datang library hari tu.  Suzana dah cerita dekat saya.”  Ujar Syahril.  Aku menarik tanganku yang masih dipegang Syahril.  “Kalau awak dah tau, kenapa awak tanya lagi?!  Tolonglah awak!!  Saya tak tahan dengan sikap Azlin yang melulu tuduh saya nak rampas awak.  Saya tak sepatutnya kenal awak Syahril.  Sejak saya kenal awak, hidup saya tak tenteram.”  Ujar aku lalu meninggalkan kelas.  Aku tidak menghiraukan panggilan Syahril.  Aku hanya melangkah tanpa arah.  Akhirnya aku duduk di  bangku yang disediakan di taman.  Aku hanya mampu termenung dan menangis.  Telefon bimbitku berbunyi berkali-kali.  Lantas aku menekan butang hijau.  Kedengaran suara Syahril bertanya di mana aku berada, namun aku hanya mendiamkan diri dan mematikan talian.  Aku mengeluarkan diariku dan mula menulis.
 
Dear diary,
Aku dah tak sanggup terima tuduhan Azlin.  Lebih baik aku lupakan Syahril.  Mungkin hanya aku yang perasan sendiri.  Syahril tak pernah sukakan aku. Huh!!!  Seksanya bila jatuh cinta pada orang yang tak suka kat kita.  Aku harap aku akan dapat lupakan Syahril.
 
            Sedang aku sibuk menulis di dalam diariku, aku merasakan ada tangan menyentuh bahuku.  Lantas aku berpaling dan terlihat Syahril berdiri dengan wajah yang tenang.  Aku cuba untuk melarikan diri namun dia menghalang.  “Leesa, jangan buat saya macam ni.  Apa salah saya pada awak?”  tanya Syahril dengan nada sayu.  Aku hanya diam membisu.  “Nurin Aleesa, tolonglah jangan buat saya macam ni.  Saya minta maaf sangat kalau ada buat salah kat awak.  Tapi, tolonglah bagitau saya apa salah saya?”  Ujar Syahril merayu padaku.  Namun aku tetap terus mendiamkan diri.  Lantas aku mencapai begku dan terus meninggalkan Syahril sendirian.  Aku cuba berkelakuan seperti biasa sebaik tiba di bilik.  “Leesa, kau pergi mana tadi?  Aku cari kau, tapi Syahril cakap kau tak datang semua kelas. Kau pergi mana?”  Tanya Suzana kelihatan risau.  Aku hanya menggeleng.  “Leesa, cuba kau cakap dengan aku.  Kau ni kenapa?  Aku call kau, tapi kau off handset kau.”  Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan terus menangis teresak-esak.  Suzana menghampiri dan cuba menenangkan aku.  “Leesa, kenapa kau menangis ni?”  Aku menarik nafas sebelum memulakan bicara.  “Aku menyesal Zana.  Aku sakitkan hati dia.  Sampainya hati aku buat dia macam tu.”  Ujar aku sebaik sahaja selesai bercerita pada Suzana.  “Leesa, kau tak salah.  Kau tengah marah.  Kau tak minta maaf dekat dia?”  aku menggelengkan kepalaku.  Suzana pantas mencapai telefon bimbitku dan memberikannya padaku.  “Kau telefon dia dan cakap kau minta maaf buat dia macam tu.  Aku nak ke kedai.  Bila aku balik, aku tau dah selesai.”  Ujar Suzana sambil keluar dari bilik.  Aku mendail nombor Syahril dan menunggu dengan penuh debar.  Terdengar suara Syahril di hujung talian.  “Syahril, maafkan saya.  Tak patut saya buat awak macam tu tadi.  Awak datang dengan niat baik, saya buat awak macam tu pula.  Maafkan saya?”  Syahril hanya diam mendengar penjelasanku.  “Leesa, kenapa awak tak bagitau saya?”  Tanya Syahril.  “Bagitau awak apa?”  aku bertanya kembali dengan penuh hairan.  “Tak ada apa-apalah.  Tapi esok saya nak jumpa awak dekat taman.  Awak mesti datang.  Dan, saya dah maafkan awak.”  Ujar Syahril lalu mematikan talian.  Aku masih lagi di belenggu perasaan bersalah dan hairan.  Malam itu aku tidak dapat tidur dengan nyenyak menunggu hari esok.
 
          Keesokan harinya aku bangun dengan semangat yang baru.  Aku ingin melupakan segala kesedihan yang melanda aku sepanjang minggu lepas.  Walaupun aku cuba sedaya upaya melupakannya, luka itu tetap ada.  Aku menghadiri kelas seperti biasa.  Namun begitu, aku masih tidak dapat melupakan kata-kata Syahril.  Masa yang berlalu aku rasakan begitu lambat.  Tidak sabar rasanya menunggu hari petang.  Aku menyibukkan diriku dengan menelaah di perpustakaan.  Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.  ‘Leesa, sya tggu awk kat tmn’.  Ternyata pesanan yang aku terima adalah dari Syahril.  Aku melihat jam lantas mengemas barang-barangku dan menuju ke arah taman.  Setibanya aku di taman, aku terlihat susuk tubuh Syahril di bawah pokok.  Aku menarik nafas panjang sebelum melangkah ke arahnya.  “Syahril, dah lama awak tunggu saya?”  tanya aku sebaik sahaja berdiri dihadapan Syahril.  “Taklah.  Saya pun baru sampai ni.  Awak dari mana ni?”  Tanya Syahril.  “Saya dari library. Hm… Kenapa awak nak jumpa saya?”  Jawab aku lalu duduk disebelahnya.  Dia lantas menghulurkan sesuatu kepadaku.  Serta-merta aku mengenali benda yang dihulurkannya.  ‘Diari aku!!  Macam mana boleh ada dekat dia?’  Aku pantas mengambil diariku dengan tangan yang menggigil.  Aku dapat merasakan wajahku mulai panas dan merah.  “Saya jumpa diari awak atas kerusi semalam.  Saya minta maaf sebab saya dah baca diari awak.”  Aku merasakan jantungku seakan-akan ingin meletup.  “Saya nak balik dulu.  Terima kasih sebab pulangkan diari saya.”  Syahril memanggil namaku sebaik sahaja aku ingin melangkah pergi.  Aku berpaling memandangnya namun aku terpaksa menundukkan wajahku kerana malu.  “Nurin Aleesa, saya tak sangka selama ni awak simpan perasaan yang sama macam saya.”  Aku kebingungan apabila memandang wajah Syahril yang tenang.  Dia melemparkan senyuman padaku.  “Apa maksud awak Syahril?  Saya tak faham.”  Syahril sekali lagi mengukir senyuman sebelum menjawab pertanyaan aku.  “Saya sukakan awak Leesa.  Selama mana awak sukakan saya, selama itulah saya pun sukakan awak.  Atau lebih tepat lagi saya dah lama cintakan awak.  Sudi tak awak terima saya yang tak seberapa ni sebagai boyfriend awak?”  Aku hanya menggangguk dan tanpa aku sedar, airmataku turut mengalir.  Aku merasa sungguh bahagia saat Syahril menyapu airmataku yang menitis di pipi.  Lantas dia menggenggam tanganku dan berjanji akan menjaga dan membahagiakan aku.  Aku juga berjanji akan membahagiakan dia.  Kami berjalan meninggalkan taman yang lengang sambil berpimpin tangan.  Aku bersyukur di dalam hati kerana impian aku untuk bersama Syahril telah dimakbulkan dan berharap agar ianya berkekalan selamanya.  Amin.
 


No comments:

Post a Comment

Annyeong!!
Dah bace entry kat atas kan? Apa kata bagi komen? Thank You!!